Thursday, November 25, 2010

Minyak Kelapa Dara


Minyak kelapa dara (VCO) merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba dan bahan kimia di mana struktur tulen dalamanya dapat dikekalkan. Berbeza dengan miyak kelapa biasa yang ditentang oleh kajian-kajian barat di mana proses penghasilan minyak kelapa biasa ini menggunakan bahan kimia dan haba menyebabkan struktur asal dalamanya berubah, ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pengguna.


Pada tahun 1966, seorang professor farmakologi dari Universiti Michigan membuat penemuan yang besar dengan mencungkil rahsia alam yang tersirat oleh buah kelapa iaitu minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, parasit dan kulat.
Melihat kekuatan yang terdapat pada minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit.

Berikut adalah kata-kata pakar:

Belum pernah dalam sejarah manusia begitu penting untuk menekankan nilai minyak laurik. Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain triglycerides (MCT) yang mempunyai hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu.

-DR.Jon J. Kabara,Ph.D.
Professor Emeritus,
Michigan State University

Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran diet pemakanan kecuali Virgin Coconut Oil (VCO) yang digunakan, sungguh menakjubkan.

-Dr. Bruce Fife,
Pengarang buku baru, Eat Fat,
Look Thin: A Safe and Natural Way to Lose Weight Permanently

Kira-kira 50 peratus dari asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. monolaurin adalah monogliserid berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lambia. beberapa kajian juga menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas. Minyak kelapa dara adalah makanan yang berfungsi memberi pelbagai khasiat kesihatan.

-Dr. Mary Enig,
University Maryland USA

Minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu: 
Asid Lemak Tepu: Kebanyakkan terdiri daripada Medium Chain Trigliserida (MCT). Asid Laurik merupakan kandungan utama dimana ianya 40% diikuti oleh kaprat, asid kaprilat dan miristat asid palmitat Asid lemak poli tak tepu: Asid Linoleic. Asid Lemak tak tepu tunggal: Asid oleik dan beberapa terbitan asid lemak seperti, betaines, ethanolamide, ethoxylates, fatty ester, fatty polysorbates, polyolester.